Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Tuesday, December 28, 2010

SEG International Bhd. 999.9 Gold Coin





Ini merupakan barangan rare yang telah dijual kepada kawan melalui salah seorang sahabat emas.  Syiling emas ini diperolehi melalui anugerah kepada pekerja yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam syarikat tersebut.  Kira ini adalah penghargaan khidmat cemerlang terhadap pekerja...Apa pun ia tetap berharga apabila bernama emas...

1 Dinar 999 Gold Crest Pavillion (GCP)




Bagi menambahkan lagi koleksi dinar yang sedia ada, hari ini kawan telah pun membeli sekeping lagi Dinar GCP yang mempunyai ketulenan 999.9 dan seberat 4.25 gram.  Dinar ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera Islam dan kawan akan menyokong produk - produk keluaran syarikat seperti ini...

Monday, December 27, 2010

1 oz 999 Lady Fortuna Silver Bar





Alhamdulilah hari ini kawan telah menerima 2 keping 1 oz 999 Lady Fortuna Silver Bar yang dibeli melalui saudara Ujang dengan harga yang menarik dan berpatutan.  Koleksi 1 oz Lady Fortuna ini memang berbaloi kalau dibeli dan dijadikan sebagai koleksi simpanan, sesuai dengan namanya...

1/2 oz 999 Silver Australian Koala 2011




1/2 oz 999 Silver Australian Koala 2011 ini kawan beli melalui saudara Aliff dengan harga yang memang berpatutan jika dibandingkan dengan penjual yang lain.  Alhamdulilah dapat juga kawan beli untuk menambahkan koleksi sedia ada....Cantik dan kemas...

Sunday, December 26, 2010

1 oz 999 Silver Bar US Flag




Ini adalah antara koleksi terbaru yang kawan beli melalui saudara Silveray tempohari.  Memang cantik dan kemas 1 oz US Flag ini...kira berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.  Insya Allah cukup bajet, kawan nak beli lagi lepas ni...untuk simpanan dan juga pelaburan masa hadapan...

50 Gram Silver Bar Kasih




Ini adalah silver bar yang kawan beli daripada Silveray, dikeluarkan oleh Dinar Gold Enterprise. Tak tahulah kenapa rupa coraknya boleh jadi sedemikian rupa, adakah ketika proses pembuatannya berlaku kekurangan atau pun entahlah.  Iyalah... nak komen banyak, nanti ada yang kurang gemar dan dikatakan cerewet...Cuma kadangkala melihat milik rakan - rakan yang cantik dan tidak calar serta licin saja permukaannya, rasa cemburu juga...

Friday, December 24, 2010

1/2 oz 999 Silver Lunar Tiger 2010

 


Ini juga merupakan sebahagian silver coin yang kawan beli daripada saudara Aliff.  1/2 oz 999 Silver Lunar Tiger 2010 ini merupakan antara koleksi tambahan yang kawan beli dalam usaha untuk memastikan misi kawan dalam mengumpul perak akan tercapai tidak lama lagi.

1/2 oz 999 Silver Rabbit 2011




Kali ini kawan telah dapat membeli 1/2 oz Silver Rabbit 2011 daripada saudara Aliff.  Saiznya yang agak sederhana dan harga yang berpatutan membuatkan ia sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi mahupun pelaburan...

1/2 Dinar KGT




Hakikatnya kin payah betul nak dapatkan stok Dinar KGT ini di pasaran, kalau ada pun daripada individu tertentu yang akan menjualnya dengan harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan harga web.  Begitu juga dengan 1/2 Dinar KGT yang kawan dapat beli ini, agak tinggi sedikit harga yang ditawarkan tetapi masih boleh diterima akal...

1/4 oz Maple Leaf Gold Coin...




Ini adalah 1/4 oz Maple Leaf Gold Coin yang kawan beli tempohari.  Agak payah juga hendak dapatkan gold coin dari UOB ini memandangkan stok yang ada selalunya hanyalah 1 oz.  Stok yang kecil seperti 1/4 oz ini agak jarang didapati dan dikira bernasib baik kalau dapat membelinya.  Apapun, kawan bersyukur atas pembelian ini...

2 Dirham Kelantan KGT




Dalam keadaan kekurangan stok Dirham Kelantan ini, alhamdulilah kawan dapat juga membeli enam keping 2 dirham ini.  Dapat pun tak banyak tetapi sekurang - kurangnya boleh dijadikan sebagai simpanan sendiri.  Apa pun 2 dirham ini memang cantik dan berkilau serta ia memang sesuatu yang sangat menarik...

1/2 Dinar Kulim (Bergerigi)




Setelah memiliki 1 Dinar Kulim, kali ini kawan telah membeli 1/2 Dinar Kulim edisi bergerigi di bahagian tepi pula.  Alhamdulilah 1/2 Dinar ini agak berbeza dengan yang 1 Dinar Kulim.  Kira kawan berpuas hati dengan mutu dan kualiti 1/2 Dinar ini kerana ia mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan yang 1 Dinar Kulim...

Syiling Perak Peringatan Tan Sri P. Ramlee




Alhamdulilah akhirnya tercapai juga hajat kawan untuk memiliki Syiling Peringatan Tan Sri P. Ramlee ini telah pun tercapai melalui pembelian di laman ebay yang telah diiklankan oleh saudara Aliff...Apa pun kawan berpuas hati kerana telah memiliki syiling yang mempunyai nilai sejarah dan numismatik ni...

1/8 Dinar 916 One Asia




Sebenarnya ini adalah antara koleksi unik yang kawan telah miliki baru - baru ini.  Ialah tentu agak sukar didapati dua keping dinar seberat 0.5 gram setiap satu yang dimasukkan ke dalam pemegang kunci.  Kiranya ini ialah 1/8 Dinar 916 yang telah dikeluarkan oleh Syarikat One Asia Sdn Bhd...Memang cantik dan comel dinar ini...

Monday, December 13, 2010

1/2 Dinar Kelantan Gold Trade (KGT)




Sebenarnya sekarang agak susah untuk mendapatkan stok Dinar KGT ini...kawan diberitahu yang stok yang masuk ke dalam pasaran agak terhad dan seperti telah terlebih dahulu ditempah dalam kuantiti yang agak banyak oleh individu yang tertentu.  Namun kawan rasa bertuah kerana dapat membeli sekeping dua Dinar KGT ini walaupun sekadar 1/2 Dinar...

10 Gram Perth Mint Gold Bar




Ini adalah 10 gram Perth Mint yang kawan idam - idamkan selama ini dan Alhamdulilah akhirnya kawan berjaya untuk memilikinya.  Itupun puas mengumpul wang fiat untuk membelinya..tak mengapa sebab kawan dah tanam azam untuk mendapatkan yang 20 gram selepas ini.  Insya Allah...