Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Thursday, January 27, 2011

100 Gram 999 Silver Bar DGE




Setelah sekian lama berhajat untuk mendapatkan 100 Gram 999 Silver Bar DGE yang updated berbanding keluaran versi yang kedua dulu.  Alhamdulilah akhirnya merasa juga membeli silver bar ini daripada saudara Ambo....Kalau cukup bajet nak memburu silver lagi lepas ini.  Insya Allah...

2 Dinar KGT



1 Dinar KGT



1 Dirham Kelantan



5 Dirham Kelantan





Ini merupakan 5 Dirham Kelantan yang telah kawan beli melalui Hazyyati tempohari...Kawan beli untuk melengkapkan koleksi dirham kawan telah ada sebelum ini...Lagipun ia memang berbaloi untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang....Yang payah untuk didapati ialah 1 Dirham Kelantan...

5 Dirham Restu





Ini pula ialah stok 5 Dirham Restu yang baru sampai ke tangan kawan.  Kalau sebelum ini ia didatangkan tanpa sijil tetapi mulai pembelian yang ini ia disertakan dengan sijil.  Yang menariknya siap ditebuk di bahagian tengah sijil tersebut.  Memang cantik dan berbaloi untuk dijadikan sebagai koleksi dan juga pelaburan peribadi...

1 oz 999 Sunshine Eagle Round



                                                
Kali ini kawan dapat membeli sekeping 1 keping 1 oz 999 Sunshine Eagle Round daripada saudara Bau.  Memang cantik dan agak unik syiling ini.  Lagipun kawan belum pernah memilikinya lagi...kira yang ini merupakan antara koleksi terbaru yang kawan ada setakat ini...

1/2 Dinar KGT




Alhamdulilah walaupun dalam ketiadaan stok Dinar KGT ini, kawan dapat juga membeli sekeping 1/2 Dinar ini.  Memang menjadi kebiasaan apabila ia adalah barang yang menjadi rebutan sudah pasti harga pun akan tinggi...Tak kisahlah, yang penting kawan telah pun dapat memilikinya...

Saturday, January 22, 2011

1 oz 999 Hamilton Mint Silver Bar



Cantik dan agak jarang didapati, itulah yang kawan dapat katakan apabila 1 oz 999 Hamilton Mint Silver Bar ini tiba...Silver bar yang kawan beli ini memaparkan edisi gambar Franklin Pierce  yang merupakan 14th President dari tahun 1804 - 1869.  Siri ini sebenarnya memaparkan siri tokoh yang menjadi Presiden US satu masa dahulu...

Thursday, January 20, 2011

1 oz 999 Silver Bar Bache




Sememangnya sekarang adalah arus kebangkitan zaman menyimpan silver pula dan disebabkan itulah ramai orang telah sedar akan kepentingan untuk menyimpan emas dan juga silver.  Belek punya belek kawan telah terjumpa sekeping silver bar yang agak jarang dijumpai iaitu 1 oz 999 Silver Bar Bache yang telah dikeluarkan pada tahun 1981...

1/2 Dinar KGT


Alhamdulilah sampai juga 1/2 Dinar KGT yang telah kawan beli daripada seorang rakan ini...Tercapai juga hasrat nak beli 10 keping 1 /2 Dinar KGT ini.  Lama dah merancang untuk beli...Akhirnya dipermudahkan juga segala urusan kawan...

Wednesday, January 19, 2011

1 Dinar Darul Ehsan




 Melihat kepada harga pasaran emas yang agak jatuh sejak kebelakangan ini membuatkan kawan telah membeli sekeping lagi 1 Dinar Darul Ehsan untuk dijadikan simpanan dan juga pelaburan...memang cantik dinar ini dan sesuailah kalau hendak dijadikan koleksi...

1 oz 999 Silver Bar Morgan Liberty




Ini merupakan 1 oz 999 Silver Bar Morgan versi Liberty yang kawan telah beli melalui saudara Aliff Suffian tempohari.  Ini kiranya antara koleksi yang jarang didapati dalam pasaran sekarang...Kira cantik jugalah silver bar ini dan ia sesuai untuk dijadikan simpanan peribadi.  Ada bajet lebih bolehlah tambah lagi pembeliannya....

Tuesday, January 18, 2011

1 oz 999 Silver Bar Sunshine Tiger 2010



Silver Bar Sunshine Tiger 2010 ini memang antara kegemaran kawan untuk dibeli sebagai koleksi peribadi.  Apa tidaknya ia memang cantik dan halus juga buatannya.  Sasaran kawan untuk beli paling kurang 10 atau 15 keping silver bar seperti ini dan terus disimpan sebagai koleksi peribadi...

1 oz 999 Feng Shui Fu Dog Silver Coin




Ini merupakan antara koleksi silver coin terbaru yang kawan miliki ketika harga emas jatuh...Orang lain beli emas, kawan pula membeli silver, sesuai dengan kemampuan dan batasan bajet yang kawan miliki...Alhamdulilah cukuplah dengan apa yang ada...

Monday, January 17, 2011

1 oz 999 Scottsdale Silver Bar


 



Memang cantik 1 oz 999 Scottsdale Silver Bar ini jika dibandingkan dengan koleksi silver bar yang telah kawan miliki setakat ini.  Alhamdulilah semakin bertambah koleksi silver yang telah pun kawan kumpulkan selama ini....Insya Allah akan ditambah sedikit demo sedikit...

1 oz 999 Fiji Taku Turtle Silver Coin





Kali ini kawan telah pun membeli sekeping 1 oz 999 Fiji Taku Turtle Silver Coin untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.  Memang syiling silver ini cantik, sesuai dengan harga yang telah ditawarkan oleh Silveray...Walaupun harga sedikit tinggi tetapi agak berbaloi untuk memilikinya....