Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Friday, February 26, 2010

Uncang Kulit Dari Saudara Reimei..



Uncang kulit ini kawan beli daripada saudara Reimei dengan harga RM20.00...saudara Reimei cakap kawan bertuah sebab inilah stok yang terakhir pada dia..Seperti yang saudara Reimei cakap..uncang ini dipakai mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.  Senang juga dengan adanya uncang ini kawan dapat simpan semua koleksi dalam satu tempat dan mudah dibawa ke sana ke mari....

Thursday, February 25, 2010

Dinar Logam Mulia 1/4 9999


Salah satu tujuan kawan membeli emas ialah sebagai satu sandaran dan disebabkan itulah kini kawan mula membeli Logam Mulia sebagai aset.  Bukannya apa, kawan ingin mengukuhkan ekonomi ummah Islam 'itu kata Wantwo'...Apa pun Logam Mulia 1/4 Dinar ini antara pembelian untuk melengkapkan koleksi....terima kasih kepada bro Adam.

Wednesday, February 24, 2010

Dinar Logam Mulia ....9999


Dinar Logam Mulia 9999 ni menjadi buruan kawan pula selepas ini.  Setakat ini kawan baru ada 2 keping 1/4 Dinar Logam Mulia, 2 keping 1/2 Dinar Logam Mulia dan 2 keping 1 Dinar Logam Mulia....Azam kawan ialah untuk mengumpulkan sekurang - kurangnya 12 keping Logam Mulia pada tahun ini.  Insya Allah...

Tuesday, February 23, 2010

Hand Made 1 gram Gold Bar ...Made in Thailand



Hand Made 1 gram Gold Bar ini kawan beli daripada sis Idayu. Hari ini dah sampai ke tangan kawan.  Gold bar ini hand made dari Thailand dan mempunyai Assay Certificate berwarna putih atau pun yang berwarna pink. Yang menariknya tentang gold bar 1 gram ini, ia mempunyai ketulenan 999.9 % dan didatangkan bersama dengan kad seperti kad kredit...Memang sepadan dengan harganya dan sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi.

Monday, February 22, 2010

Coin Fifty Cents Australia 1988


Ini merupakan syiling Fifty Cents Australia yang dikeluarkan pada tahun 1988.  Pada muka hadapannya terdapat gambar Elizabeth II Australia 1988 dan bahagian reversenya memaparkan nilai Fifty Cents...syiling ini kawan perolehi daripada seorang pengumpul syiling antik...

Sunday, February 21, 2010

Round Morgan Silver Coin




Round Morgan Silver Coin ini kawan beli daripada saudara Kamis. Pada muka hadapannya terdapat gambar helang dan tulisan United States of America One Troy Oz .999 Fine Silver.  Ini adalah koleksi silver kawan yang terbaru....akan terus memburu silver coin lain selepas ini.

Coin Tembaga 7 Yasin



Ini pula coin yang kawan beli daripada seorang penjual barang antik ketika berada di Kuala Lumpur 4 tahun yang lepas...belek punya belek kawan berkenan kat coin tembaga ini memandangkan ia mempunyai rupa muka yang menarik iaitu muka depannya memaparkan seorang tua yang sedang bertani dan di muka belakangnya pula terdapat 7 perkatan Yasin.

Dinar Kelantan Laminate


Ini adalah koleksi 1 Dinar Kelantan laminate yang kawan beli daripada bro Samurai.  Kawan dah ada 2 keping 1 Dinar Kelantan tetapi beli untuk tambahkan koleksi yang sedia ada.  Kali ini kawan sedang merisik Dinar Kelantan laminate daripada Pokly pula.... Moga - moga dia sudi untuk melepaskannya. Insya Allah...

Coin Tembaga 9 Yasin


Coin ini diperolehi melalui seorang penjual barangan antik ketika kawan berada di Kuala Lumpur, kira - kira 4 tahun dahulu.  Atas permintaan rakan emas iaitu Mr Eye yang teringin sangat melihat gambar koleksi coin yang dimiliki oleh kawan, kawan upload gambar coin untuk tatapan beliau dan juga rakan - rakan yang lain. Coin ini memaparkan gambar seorang tua yang memegang tongkat dan membawa sebuah beg manakala di bahagian sebelahnya terdapat 9 perkataan Yasin yang tertera.


Monday, February 15, 2010

Impian Koleksi Barang Kemas...


Berat: 18.81gram  Panjang: 17"

Rantai leher ini gambarnya diambil dari blog bro Aliff.  Iyalah suka kawan tengok design rantai ni.  Kalau bajet cukup kawan nak sambar juga rantai leher ni daripada bro Aliff.  Insya Allah...walaupun ia used gold tetapi tetap berharga....ada 2 atau 3 barangan kemas yang kawan nak dapatkan tak lama lagi....


Saturday, February 13, 2010

Silver Maple Leaf


Silver Maple Leaf ni memang dah lama menjadi buruan tetapi baru sekarang dapat..Dibeli daripada saudara Naem ketika berada di Kuala Lumpur.  Selepas ini kawan akan mencari 2 - 3 jenis silver coin yang lain untuk melengkapkan koleksi.  Semuanya bergantung kepada bajet dan juga stok silver tersebut.  Insya - Allah...

Silver American Eagle

Ini juga merupakan silver yang kawan beli ketika berada di Kuala Lumpur tempoh hari.  Kalau tak silap masa tu beli dengan saudara Naem.  Pada mulanya kawan ingin membeli Dinar Muslim daripada saudara Zufi tetapi akhirnya ia menjadi satu sesi bertukar - tukar pendapat antara kawan, saudara Zufi, saudara Ariff dan saudara Hafeez.  Perbincangan kami lebih terarah kepada kenapa perlunya menyimpan emas dan hala tuju penggunaan dinar dan dirham di Malaysia.  Tak lama kemudian barulah saudara Naem tiba setelah tersesat jalan akibat tidak jumpa lokasi pertemuan.  Hehehehe....

Silver Mexican Libertad 2008

Ini antara koleksi silver coin yang kawan dapatkan ketika berada di Kuala Lumpur tempoh hari.  Memang hajat di hati nak beli banyak - banyak tapi memandangkan bajet yang kurang...niat terpaksa dilupakan.  Namun silver coin ini agak unik dan itulah yang sebab kawan memilihnya....

Silver Bar Morgan


Ini merupakan silver bar Morgan yang dibeli daripada saudara Naem....ingat nak ambil Austrian Philharmonic  tapi tak ada stok...jadi inilah gantinya.  Apa pun kawan tak kisah...kerana secara tak langsung koleksi kawan semakin bertambah....

Thursday, February 11, 2010

Silver Sunshine Bullion


Sunshine Bullion Silver ini kawan beli ngan Pokjak....masa tu hari Sabtu Pokjak datang ke hotel tempat kawan menginap iaitu Hotel City Park, Kuala Lumpur.  Kawan ambil keputusan nak beli sebab nak pelbagaikan koleksi silver yang ada.   Cantik...puas hati beli...

Koleksi terbaru UOB....



Pada 04 Februari yang lalu kawan telah mengambil keputusan untuk merempit emas UOB.  Memandangkan kawan dari Tangkak, Johor jadi bagi mengambil jalan selamat ialah kawan telah menghubungi pegawai yang 'in - charge' iaitu Puan Zarifah  di UOB Jalan Raja Laut minta supaya reservekan..Takut habis...dalam jam 1.30 sampailah ke Sogo..parking kereta dan terus te UOB. Alhamdulilah akhirnya dapat juga beli walaupun tidak besar.  Kawan beli Maple Leaf 1 oz, (baru sampai kata staf tersebut), 1/10 Maple Leaf, 1/20 oz Maple Leaf dan 1/10 Australian Kangaroo.

Wednesday, February 10, 2010

Inilah Dinar Shari'i Yang Sebenar


Inilah rupa sebenar bagi Dinar Shari'i yang ditempah oleh rakan - rakan emas. Maaflah tidak berapa clear kerana gambar diambil menggunakan kamera cap ayam. Ia merupakan Dinar 999.9% dan seberat 4.5 gram. Dikilangkan di Mariwasa....Sesiapa yang berminat bolehlah buat tempahan dengan tinggalkan nama dan nombor telefon di ruangan komen.


Wednesday, February 3, 2010

Koleksi Terbaru...Silver Morgan

Kadang - kadang hendak juga beralih selera kat barang - barang lain selain emas.  Koleksi silver ini akan kawan dapatkan daripada Naem...buat peneman koleksi emas yang sedia ada...sebagai seorang 'collector' sudah pasti kawan akan mengejar Silver Morgan sebagai salah satu dari koleksi yang tidak boleh dilepaskan.

Tuesday, February 2, 2010

Dirham Shari'i


Ini satu lagi jenis dirham yang mungkin akan memasuki pasaran tidak lama lagi. Namun kawan difahamkan oleh En. Hisham dari Dirham Dynamics Sdn Bhd yang dirham ini perlu ditempah bagi mereka yang ingin memilikinya. Dirham ini diperbuat daripada perak murni dan setiap satu keping dirham ini seberat 40 gram.   Kawan akan bertemu dengan En. Hisham apabila pergi ke KL minggu ini...










Dinar Emas Shari'i

Ini satu lagi jenis dinar yang mungkin akan memasuki pasaran tidak lama lagi.  Namun kawan difahamkan oleh En. Hisham dari Dirham Dynamics Sdn Bhd yang dinar ini perlu ditempah bagi mereka yang ingin memilikinya.  Dinar ini diperbuat daripada emas 9999 dan setiap satu keping dinar ini seberat 4.5 gram.  Mengikut perbualan antara saya dengan dengan En. Hisham, anggaran harga bagi sekeping ialah lebih kurang RM660++ bergantung kepada harga pasaran emas.

1 dan 2 Dirham Wakala Nusantara


Hari ini Dirham Wakala Nusantara bernilai 1 dan 2 yang kawan beli daripada Cikgu Azrul telah pun selamat sampai ke tangan kawan..Ada 3 keping semuanya.  Cantik - cantik Dirham Wakala Nusantara.  Kawan memang tak nafikan seni ukirannya agak halus....lebih kurang sama macam Dinar Muslim.