Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Saturday, March 27, 2010

Poh Kong Bunga Raya 5 gram dan 10 gram


Kalau dulu kawan dah pun miliki gold bar Poh Kong 1 gram yang dibeli melalui Cikgu Azrul, kini kawan telah membuat keputusan untuk menambah koleksi dengan membuat tempahan gold bar 5 gram dan 10 gram daripada bro Samurai.  Kedua - dua gold bar tersebut akan diperolehi pada hujung bulan Mac ini.  Insya Allah..

Alhamdulilah gold bar Poh Kong 5 gram telah pun kawan terima daripada bro Samurai yang dipos menggunakan Pos Laju pada jam 11.30 pagi 26 Mac 2010.  Ia dikirim bersama - sama dengan Emirates gold bar 20 gram yang dibeli oleh seorang rakan di tempat kerja kawan.  Terima kasih bro Samurai...

Poh Kong 10 gram terpaksa ditangguhkan pembelian disebabkan oleh masalah teknikal....

Wednesday, March 17, 2010

Tempahan Dinar dan Dirham Shari'i Sudah Sampai


Setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya sampai juga dinar dan dirham shari'i yang ditempa di Mariwasa.  Alhamdulilah segala - galanya berjalan lancar seperti yang dirancang.  Sekarang kawan akan mengagih - agihkan pula dinar dan dirham shari'i kepada mereka yang telah menempahnya.  Terima kasih kepada semua...

Saturday, March 13, 2010

Koleksi 1/4 Dinar Kelantan pula...





Ini adalah gambar bagi 1/4 Dinar Kelantan yang kawan ambil dari blog saudara Eye..kawan dah pun ditawarkan oleh Eye sekeping 1/4 dinar ini.  Alhamdulilah akhirnya lengkap juga koleksi kawan.  Terima kasih kepada saudara Eye..

Sunday, March 7, 2010

PG Gold Bar 20 gram


Bercerita tentang Public Gold, kawan sebenarnya tak pernah memiliki gold bar dari syarikat ini.  Saban hari melihat orang melakukan transaksi 20 gram, 50 gram mahupun 100 gram membuatkan kawan kini akan membeli gold bar PG pula.  Langkah pertama ialah dengan membeli 20 gram emas PG tidak lama lagi.  Insya Allah....

Friday, March 5, 2010

Emirates Gold 2.5 gram pula...


Setelah agak lama menyimpan hasrat ingin membeli Emirates Gold, akhirnya kawan telah membuat keputusan untuk membelinya.  Pembelian pertama ialah Emirates Gold 2.5 gram.  Emirates 2.5 gram gold bar ini kawan beli melalui seorang kawan iaitu saudara Mriman.  Emirates gold 2.5 gram ini purity ialah 9999 dan dihasilkan oleh Dubai Multi Commodities Centre....Lain - lain Emirates Gold akan menyusul....

Dirham Kohalal...


Ini satu lagi produk yang kini sedang dipasarkan oleh Koperasi Halal Hub Kedah (Kohalal)..Ia dikenali dengan nama Dirham Kohalal....kira produk ni buatan tempatan ...baguslah sekurang - kurangnya kita tak perlu bergantung kepada produk dari luar..kawan sedang cuba untuk dapatkan dirham ini untuk koleksi..Insya Allah

Wednesday, March 3, 2010

Dinar Emas Kohalal Hub Kedah Bhd


Gambar ini saya perolehi dari http://www.wadimas.blogspot.com/ .  Menurut apa yang tercatat di blog itu, dinar emas ini seberat 4.25 gram dengan purity 916..Bagi mendapatkan kepastian kawan telah menghubungi En Muhammad Zahir iaitu wakil jualan daripada Kohalal Hub Kedah Bhd dan beliau mengesahkan bahawa dinar ini kelihatan sama seperti Dinar Muslim tetapi tidak serupa...Ia dijual mengikut harga jualan Dinar PG..Insya Allah jika bajet mencukupi kawan akan dapatkan sekeping sebagai salah satu koleksi.