Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Saturday, July 31, 2010

1 Gram PAMP Lady Fortuna


1 Gram PAMP Lady Fortuna ini kawan beli daripada saudara Eye.  Selepas membeli emas dengan galaknya minggu lepas, kawan kembali kepada pembelian dalam skala yang kecil pula.   Hakikat sebenarnya ialah kawan ingin mempelbagaikan koleksi yang sedia ada.  Itu aje sebab yang sebenar....

Friday, July 30, 2010

2.5 Gram Emirates Gold


Kawan juga telah membeli 2.5 Gram Emirates Gold daripada saudara Wan.  Rasa macam nak kumpul gold bar dari Dubai ni pula.  Lepas ini kalau ada rezeki nak beli yang 10 gram dan 20 gram pula.  Apa - apa pun semuanya bergantung kepada keadaan kewangan kawan.  Kalau keadaan mengizinkan kawan akan terus membeli selagi boleh...Insya Allah...

1 Gram Emirates Gold Bar


Hari ini kawan telah menerima melalui pos 1 Gram Emirates Gold yang telah kawan beli daripada saudara Ambo...Nak tambahkan koleksi yang sedia ada aje.  Hajat nak beli yang besar tetapi bajet dah semakin kurang...kenalah hadkan pembelian kawan.  Tak kisahlah walau beli 1 gram pun...

Pembelian Dinar Emas di Akhir Bulan


Berbekalkan sedikit wang yang tinggal, kawan meneruskan pemburuan emas untuk dijadikan sebagai koleksi dan juga simpanan masa hadapan.  Alhamdulilah kawan dapat membeli 1 Dinar Public Gold, 1/20 Nugget Kangaroo, 1/4 Dinar Kelantan, 1/4 Kijang Emas dan juga sekeping 1 Dinar Kelantan...Payah juga nak dapatkan 1 Dinar Public Gold ni..maklumlah sejak artikel tentang pelaburan emas PG, stok kelihatan agak susut.  Puas juga bertanya dengan otai - otai emas PG tentang stoknya...

Thursday, July 29, 2010

1/4 Kijang Emas


Kawan dah macam ketagih pula membeli emas terutamanya Kijang Emas atau Dinar Kelantan.  Kalau sehari tak beli rasa macam nak demam...Alhamdulilah kawan dapat 1/4 Kijang Emas tanpa baju yang kawan melalui saudara Azri...Kawan nak menyimpan Kijang Emas ini seperti mana yang saudara Ujang lakukan.  Insya Allah boleh...

1 Dinar Public Gold


1 Dinar Public Gold yang kawan beli daripada saudara Azri telah pun sampai hari ini.  Dinar ini sebenarnya telah pun dibeli oleh saudara Eye tetapi memandangkan dia telah terkena jangkitan kuman kijang emas, jadi kawan pun sambar.  Lagipun harga yang kawan dapat sememangnya murah dan berbaloi - baloi.

1/4 Dinar Kelantan


Hari ini 1/4 Dinar Kelantan yang kawan beli daripada saudara Azri telah pun sampai.  Bertambah satu lagi koleksi Dinar Kelantan yang dianggap semakin rare ini.  Apa pun terima kasih kepada saudara Azri di atas kesudian menjualnya dengan harga yang cukup berpatutan.

1 Dinar Shari'i 999


Dinar Shari'i ini kawan beli daripada En. Hisham dari Dirham Dynamics Sdn. Bhd. ketika kawan pergi ke Kuala Lumpur pada 23 Julai yang yang lalu.  Stok agak terhad jadi hanya 2 keping Dinar Shari'i yang dapat kawan beli.  Tak apalah dari tidak ada ...

1 Dinar Public Gold


2 keping Public Dinar ini kawan beli daripada Cikgu Asar...Iyalah harga emas tengah rendah jadi kawan beli untuk jadikan koleksi peribadi.  Sebelum ini nak beli harga untuk sekeping sampai RM580 - RM590 sekeping. Pernah sekali harga tu cecah RM600 sekeping, jadi bila harga dah rendah peluang baik tak boleh dilepaskan...Insya Allah kalau lepas ni harga maintain rendah kawan nak tambah Dinar Public Gold ini...

Wednesday, July 28, 2010

1 Dirham Wakala Induk Nusantara (WIN)


1 Dirham WIN ini kawan dapatnya daripada saudara Ajuns yang baru - baru ini telah pergi ke Indonesia dan kawan tidak melepaskan peluang mengirimnya sebagai koleksi yang sukar dilepaskan.  Lagipun sekarang dirham WIN agak sukar diperolehi dan mungkin akan menjadi rare item tak lama lagi....

Syiling 1/2 Dinar Wakala Induk Nusantara (WIN)

 

Alhamdulilah kawan dapat membeli syiling 1/2 Dinar Wakala Induk Nusantara (WIN) ini daripada saudara Ajuns  Sekadar untuk menambahkan koleksi yang sedia ada. kawan membeli semua jenis dinar yang masih belum ada dalam koleksi...Selepas ini kawan bercadang untuk membeli 1 Dinar WIN pula...

Monday, July 26, 2010

1 g Poh Kong......


Apabila saudara Ujang menawarkan 1 Gram Poh Kong untuk dimiliki, kawan tak lepaskan peluang untuk membelinya.  Lagipun harga yang ditawarkan agak murah berbanding dengan kos yang perlu dikeluarkan jika hendak membelinya sendiri.  Sekurang - kurangnya kawan dah jimat kos minyak, parking dan juga masa kawan.

Dinar Kulim, Kijang Emas dan 1/2 Dinar Kelantan Laminate


Kebetulan ketika harga emas jatuh kawan ada rezeki lebih dan peluang tersebut tidak kawan lepaskan begitu saja.  Dinar Kulim kawan beli daripada saudara Sax, 1/2 Dinar Kelantan Laminate dari Kak Aishah manakal 1/4 Kijang Emas daripada saudara Azri dan juga saudara Foo...Alhamdulilah kira puas hati juga dapat membeli...

Musim Membeli Belah Dinar Kelantan...


Alhmdulilah kejatuhan harga emas pada kali ini memberi peluang kepada kawan untuk menambah koleksi emas sedia ada.  Dapatlah kawan menambah beberapa keping lagi Dinar Kelantan dan yang paling menarik ialah harga yang ditawarkan agak rendah berbanding pada waktu harga emas tinggi...

Goldas Switzerland ChipGold Premium Pure Gold Bar 1 gram



Goldas ChipGold ini juga kawan beli daripada saudara Foo.  Ia didatangkan dengan kad seperti kad kredit bersama 1 gram 995.0 Fine Gold.  Comel juga Goldas ini...harga pun sesuai dengan barangnya...

Gold Coin Bailiwick of Jersey 1-25th Oz Diana 2007 BU


Gold coin ini kawan beli daripada saudara Foo...Alhamdulilah dah pun sampai ke tangan kawan tengah hari tadi.  Memang cantik dan agak jarang didapati di pasaran...Gold coin ini sememangnya sesuai untuk dijadikan koleksi bagi kolektor...

Monday, July 19, 2010

Koleksi Yang Unik dan Sukar Diperolehi





Bercerita tentang koleksi yang sukar untuk diperolehi atau agak unik, kali ini kawan ingin bercerita tentang Dinar Mariwasa, Yuan Bao gold dan juga 1 Dinar Royal Mint.  Ini adalah antara koleksi yang masih lagi kawan belum dapat miliki sehingga ke hari ni.

Dinar Mariwasa dikeluarkan oleh Mariwasa Kraf Sdn Bhd manakala 1 Dinar Royal Mint dikeluarkan oleh Royal Mint Sdn. Bhd. Yuan Bao gold kawan tak pasti pula syarikat mana yang keluarkan...Insya Allah satu hari nanti pasti kawan akan dapat memiliki ketiga - tiga item ini sebagai koleksi peribadi.

# Kawan telah pun memiliki 1/2 Dinar Royal Mint.  Yang 1 Dinar masih belum diperolehi sehingga sekarang.  Yuan Bao gold akan diperolehi tidak lama lagi. Insya Allah...

Bila Nak Dapat Dinar Mariwasa...


Ini adalah antara koleksi yang masih kawan buru sehingga ke hari nie.  Masih tak dapat lagi.  Dah tanya Wantwo tapi katanya akan dibawa masuk nanti.  Kalau boleh kawan naklah dapatkan sekeping dua buat koleksi....Harap - harap dapatlah nanti. Insya Allah...

# Sampai sekarang Dinar Mariwasa ini belum lagi kawan dapat.  Belum ada rezeki...

1 Dinar Logam Mulia 917 (IMN Design)



1 Dinar Logam Mulia 917 (IMN Design) ini mempunyai persamaan rupa muka hampir sama seperti 1 Dinar Islamic Mint Nusantara (IMN)Kawan dapat dinar ini daripada saudara Ambo yang juga seorang collector...Dinar ini mempunyai purity 917 dan mempunyai berat 4.25 gram.  Cantik dan berkilauan dinar ini seperti mana Dinar IMN yang kawan miliki...

Sunday, July 18, 2010

Dinar Islamic Mint Nusantara (IMN)


Inilah rupa sebenar Dinar Islamic Mint Nusantara (IMN) yang dibawa masuk melalui negara jiran iaitu Indonesia.  Ia berketulenan 91.7 % dan mempunyai berat 4.25 gram.  Walaupun rupa coraknya seperti dinar Muslim yang sedia ada dalam pasaran tetapi 'finishing' nya lebih kemas dan cantik.  Sudah pasti kawan ingin menjadikan ia sebagai salah satu koleksi peribadi.  Harganya pula berpatutan dan sesuai dengan rupa coraknya.

# Alhamdulilah kawan telah mendapat sekeping lagi dinar IMN ini daripada seorang kawan yang ingin menjualnya hari ni....Ini memang dinamakan rezeki kerana tidak menyangka yang beliau akan menjualnya kepada kawan...Bertambah satu lagi dinar IMN yang kawan miliki...

# Kawan telah membuat tempahan Dinar IMN ini daripada saudara Nizam tetapi dimaklumkan bahawa syarikat kurier ada masalah penghantaran.  Jadinya saudara Nizam akan ke Indonesia mengambilnya sendiri.  Terpaksalah menunggu...

Dinar Sirih Emas


Melalui cara pertukaran barter antara kawan dengan saudara Alfian, akhirnya kawan telah memperolehi Dinar Sireh Emas ini tanpa perlu membayar apa - apa.  Kawan menukarkannya dengan sekeping Dinar Kelantan yang kawan miliki dan hasilnya kawan akan menerima DSE ini...Alhamdulilah dapat juga kawan memiliki DSE ini...

# Kawan ingat nak beli DSE ini daripada bro Alfian dalam masa terdekat.  Itupun bergantung kepada kewangan jika mengizinkan.  Baru ada 2 keping aje...Kawan tak nafikan yang DSE ini memang cantik dan berkualiti...

Saturday, July 17, 2010

1 Gram Emas Kuwait Finance House (KFH)


Ini merupakan 1 Gram Emas Kuwait Finance House (KFH) yang kawan perolehi daripada seorang sahabat emas iaitu saudara Ambo.  Emas ini berketulenan 995.9  Satu yang menariknya emas 1 gram ini didatangkan dengan sampul khas jika dibeli dalam kuantiti 2 keping...Ini bermakna bertambah satu lagi pilihan emas kepada peminat emas dalam bentuk yang kecil seperti 1 gram ini.  Insya Allah selepas ini kawan akan cuba mendapatkan yang 5 gram pula...

# Sekadar menambah koleksi emas yang sedia ada, hari ini kawan membeli 2 keping 1 Gram Kuwait Finance House ini....Beli yang kecil - kecil saja...