Apabila bercerita tentang Kijang Emas, kawan sememangnya suka menyimpan ia sebagai salah satu koleksi yang agak ekslusif. Apa tidaknya ia merupakan keluaran Bank Negara Malaysia dan sudah tentu kawan berbangga dengan produk yang dikeluarkan oleh institusi perbankkan terkemuka itu. Setakat ini alhamdulilah kawan telah pun memiliki beberapa keping setiap denominasi yang dikeluarkan iaitu 1 oz, 1/2 oz dan juga 1/4 oz. Jika ada mereka yang ingin menjualnya dengan harga yang diterima akal, kawan tak akan lepaskan peluang untuk memilikinya...itu pun bergantung kepada berapa bajet yang kawan miliki.
No comments:
Post a Comment