Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Friday, January 29, 2010

Ar Rahnu di Agro Bank ...

Salam ukhwah.....memandangkan kawan telah kekurangan aliran tunai, maka niat di hati ingin Ar Rahnukan 2 - 3 keping dinar dan emas yang ada di tangan.  Iyalah kawan tinggal di Tangkak yang tiada kemudahan Ar Rahnu sama ada di Agro Bank ataupun Bank Rakyat.  Langkah pertama kawan telefon Bank Rakyat di Jasin, Melaka bertanyakan sama ada mereka menerima gold coin.  Jawapan yang diterima sekarang mereka hanya menerima BARANG KEMAS SAHAJA. 

Tidak berputus asa, kawan telefon AgroBank Jasin dan alhamdulilah mereka menerima apa saja barangan...asalkan emas 916 atau 999.  Namun ada juga rasa terkilan kerana bagi pelanggan baru hanya layak menerima nilai gadaian 55% - 60% sahaja berbanding dengan 'regular customer' yang layak menerima sehingga 65%

Tunggu dan lihat sahaja... :-)

Thursday, January 28, 2010

Koleksi Emas UOB Yang Pertama



Hari ini dengan bantuan rakan JE iaitu saudara Naem, kawan telah dapat membeli sekeping Canadian Gold Maple Leaf  seberat 1/10 oz dengan harga RM425.00 untuk koleksi....Insya Allah jika ada rezeki lebih kawan akan membelinya pada setiap bulan.  Itu memanglah impian dan cita - cita kawan selama ini untuk terus simpan dan menyimpan.  Selepas ini kalau dapat kawan nak memiliki Australian Kangaroo Gold Nugget dan Singapore Lion Gold Coin pula.  Insya Allah....

Mengenali Dinar Muslim


Ramai yang sudah mengenali Dinar Muslim dan masih ramai juga yang belum mengenalinya. Dinar Muslim merupakan syiling emas dari emas 916(22K). Ukuran berat untuk satu Dinar Muslim ialah 4.25gram. Dinar Muslim dikeluarkan oleh Emirates Gold (DMCC) , singkatan dari Dubai Multi Commodities Centre (DMCC). Sebagai mana Emirates Gold, Dinar Muslim juga menepati mutu piawaian emas antarabangsa (International Standard).

Dinar Muslim dikeluarkan dalam tiga saiz, iaitu 1DM(4.25gram), 2DM(8.5gram) dan 8DM(34gram). Peminat dinar / emas boleh mendapatkan sama ada Dinar Muslim atau Emirates Gold dari Nusantara Bullion Exchange atau Nubex, sebuah syarikat bumiputra tempatan.










Wednesday, January 27, 2010

Koleksi Terbaru...Rare..




Alhamdulilah kawan dapat satu lagi koleksi 'rare' daripada Cikgu Azrul.  Koleksi Bunga Raya Gold Bar ini keluaran syarikat Poh Kong dengan berat 1 gram sahaja.....cantik dan sesuai dengan harganya.

Tuesday, January 26, 2010

Pamp Suisse Oval Pendant 1 gram...Rare


                                                                                 

Alhamdulilah dengan bantuan bro Aliff kawan dapat memiliki  item ini.  Insya Allah.....sekiranya rakan - rakan pencinta emas berminat bolehlah belinya daripada bro Aliff atau kawan...jika harga yang ditawarkan kena dan berpatutan, kawan akan lepaskan.


Target seterusnya ialah Pamp Suisse Lady Fortuna 1 gram...

Koleksi Dinar Pertama





Ini merupakan koleksi dinar yang dimiliki oleh kawan.  Maaf la terpaksa 'pinjam' gambar dari blog PD dan  dari blog Cikgu Asar.  Tak sempat ambil gambar hehehe...Alhamdulilah kawan dah pun memiliki sejumlah Dinar Muslim, Dinar Kelantan dan Dinar PG.  Semuanya dalam nilai 1 Dinar.  Mungkin belum ada rezeki untuk memiliki nilai yang lain.  Kawan percaya yang kawan akan dapat memilikinya.  Insya Allah....




Salam segemerlapan emas...




Salam semua...Ini adalah kisah kawan dengan emas dan juga pelaburannya.  Walaupun dah lama mengetahui akan pelaburan emas tetapi kawan buat tak peduli...mungkin belum dapat hidayah.

Pada awal bulan 16 Disember 2009 kawan mengorak langkah dengan membuka akaun GIA Maybank....iyalah nak buka di Public Bank syarat utama kena 20 gram...mana ada modal sebanyak tu.  Jadi kawan mula dengan 5 gram dulu.
Dalam masa yang sama kawan turut membeli kijang emas 1/4 oz yang menjadi sebutan ramai dengan harga RM1039.   Tak pelah....ini koleksi yang terawal...