Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Friday, November 26, 2010

Pembelian 2 Dirham Kelantan




Alhamdulilah setelah sekian lama tidak membeli Dirham Kelantan, hari ini kawan dapat membelinya daripada Puan Hazyyati....2 Dirham Kelantan ini pun sebenarnya dah meningkat harga kepada RM19 bagi satu dirham...Cepat betul peningkatan harga dirham Kelantan ini...Tak mustahil harganya nanti akan menjadi RM20 sekeping...

1 oz Australian Kookaburra 2011 Silver Coin




Syiling 1 oz Australian Kookaburra 2011 ini adalah pembelian tambahan terhadap syiling yang telah kawan beli sebelum ini...Memang tak dapat dinafikan bahawa syiling ini cantik dan kemas, kira berbaloi kalau beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi...

Thursday, November 25, 2010

1 oz Koala Silver Coin 2009




Memang 1 oz Koala Silver Coin 2009 ini kemas dan cantik...Kalau beli tak rugi sebenarnya dan disebabkan itulah kawan telah membelinya untuk dijadikan koleksi simpanan.  Mana yang agak berkenan di hati kawan beli saja, lagipun ia adalah satu pelaburan jangka panjang...

1 oz Australian Kookaburra 2010



Sekadar untuk menambahkan koleksi silver yang sedia ada, kawan telah mendapatkan 1 oz Australian Kookaburra 2010 ini daripada saudara Aliff.  Ini sebenarnya untuk melengkapkan koleksi Kooks yang kawan telah miliki sebelum ini...Memang berbaloi membelinya...

50 Gram Silver Bar Kasih



Silver bar 50 gram Kasih ini dikeluarkan oleh seorang pengusaha emas dan perak iaitu saudara Hj Omar, tuan punya DGE Enterprise.  Memandangkan ini adalah produk keluaran umat Islam, kawan membelinya untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi peribadi...Insya Allah jika ada rezeki yang lebih kawan akan membelinya lagi...

Thursday, November 18, 2010

5 Gram PAMP Lady Fortuna Gold Bar





Ini adalah antara koleksi yang kawan gemari dan jika sebelum ini kawan dapat memiliki 1 oz Lady Fortuna Silver Bar dan kini kawan telah dapat membeli 5 gram  PAMP Lady Fortuna Gold Bar pula.  Hajatnya selepas ini kawan nak membeli yang 10 garam dan 20 gram pula untuk dijadikan koleksi peribadi.  PAMP Lady Fortuna Gold Bar ini memang kemas dan sesuai dijadikan koleksi.  Kira kawan rasa puas hati apabila dapat membelinya...

1 Dinar 999 Logam Mulia (LM)





Setelah sekian lama mencari - cari 1 Dinar Logam Mulia ini, akhirnya kawan dapat juga membelinya daripada saudara Pokly.  Alhamdulilah dengan harga yang berpatutan, 1 Dinar Logam Mulia ini menambahkan lagi koleksi yang sedia ada..Lepas ini kalau ada lagi kawan - kawan yang hendak jual Dinar Logam Mulia ini, kawan hendak beli juga...

Wednesday, November 17, 2010

1 Dinar 999 Gold Crest Pavillion (GCP)


Sememangnya Dinar GCP ini antara dinar yang paling laris.  Apa tidaknya, ia merupakan dinar yang diperbuat dari emas 999.9 dan harga jualan juga agak berpatutan.  Setakat ini kawan beli ia sedikit demi sedikit untuk dijadikan koleksi peribadi dan ia sememangnya sesuatu yang berbaloi untuk dibeli...

1 oz Australian Kookaburra 2011 Silver Coin




Kali ini 1 oz Australian Kookaburra 2011 ini kawan beli melalui saudara Aliff dan yang pastinya ia telah dapat menambahkan lagi koleksi silver yang sedia.  Sedikit demi sedikit kumpul yang pastinya ia akan semakin bertambah.  Insya Allah selepas ini akan ada koleksi yang lain pula untuk dibeli...

1 Dinar Public Gold




Apabila berlaku kejatuhan harga emas, peluang yang ada perlu digunakan sebaik - baiknya sama ada dengan membeli emas dengan harga yang rendah atau menggantikan stok emas yang telah berkurangan.  Itulah yang sebenarnya telah kawan lakukan apabila membeli 2 keping 1 Public Dinar dalam keadaan harga agak rendah.

1 Dinar Kelantan




Memandangkan sekarang ini susah nak dapatkan stok dinar KGT, kawan beli saja 1 Dinar Kelantan yang lama ini.  Yang penting ia adalah emas dan pastinya emas bernilai tinggi.  Lagipun tidak salah kalau kita terus menyimpan dinar yang boleh dikategorikan sebagai 'rare' ini.  Apapun ia masih cantik dan mempunyai nilai...

1/20 oz Maple Leaf Gold Coin



Ini merupakan 1/20 oz syiling emas yang kawan beli melalui seorang kawan tempohari..Memang kalau dilihat kepada saiznya yang sebesar syiling 5 sen seakan tidak berbaloi tetapi disebabkan oleh minat, kawan beli saja...Lagipun susah juga nak beli yang saiz kecil ini sekarang....

Thursday, November 11, 2010

1 oz PAMP Suisse Silver Bar





Alhamdulilah akhirnya dapat juga kawan memiliki 1 oz PAMP Suisse Silver Bar ini untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.  Sememangnya dah lama kawan ingin membeli silver bar ini tetapi bekalan yang agak terhad terpaksalah menunggu masa yang sesuai.  Kini ia telah dibeli dan jika mempunyai cukup bekalan, akan kawan membuat belian tembahan daripada rakan - rakan.

Wednesday, November 3, 2010

1 Dinar Kohalal





Ini pula merupakan Dinar Kohalal yang kawan perolehi daripada seorang kawan baru - baru ini.  Reka coraknya memang hampir sama dengan Dinar Restu tapi yang membezakan ialah logo Bismillah yang terletak di bahagian atas kalimah Lailahailallah.  Itulah yang membezakan antara kedua - dua dinar ini...



1 Dinar Restu



Dinar Restu ini mempunyai reka corak yang 98% hampir sama dengan Dinar IGD dan Dinar Kohalal cuma jika diteliti secara halus perbezaan dapat dilihat melalui bahagian belakang syiling yang mengandungi kalimah Lailahailallah dan terdapatnya simbol kubah masjid di bahagian atas.  Syiling ini dikeluarkan oleh Syarikat Nubex Sdn. Bhd dan rasanya sudah mula dipasarkan secara meluas...

1 Dinar 999 Gold Crest Pavillion (GCP)





Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Cgsul apabila telah memperkenalkan sijil bagi setiap dinar 999 yang dijualnya.  Ini adalah kesinambungan dari generasi pertama dahulu dan kali ia lebih kemas dan menarik.  Dinar 999 GCP ini memang laris macam pisang goreng dan kawan dimaklumkan bahawa ia hanya dikeluarkan sebanyak 235 pcs sahaja.  Dinar ini memang seseuai dijadikan sebagai koleksi peribadi atau dijadikan sebagai cenderahati, malah sesuai dijadikan sebagai wang hantaran...

Monday, November 1, 2010

1 oz Australian Kookaburra .999 Silver 1991





Syiling 1 oz Australian Kookaburra yang dikeluarkan pada tahun 1991 ini kawan perolehi melalui laman Ebay.  Kira berbaloi jugalah kawan bayar dengan nilai sentimental yang terdapat pada syiling ini...Lagipun kawan macam sudah tertarik untuk mengumpul koleksi Australian Kookaburra seperti ini...

10 Dirham Kelantan




Berdasarkan bajet yang ada, inilah dirham yang dapat kawan beli buat masa ini.  Lagipun nak beli 20 Dirham rasa macam besar sangat nilainya.  Tak mengapa pembelian dilakukan secara perlahan - lahan berdasarkan kemampuan kewangan semasa.  Ada lebihan pendapatan nanti kawan akan buat pembelian tambahan lagi...