Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Wednesday, June 30, 2010

1/20 oz Australian Nugget Gold Coin

 

Ini pula merupakan koleksi 1/20 oz Australian Nugget Gold Coin yang kawan kirim melalui Abeleman ketika beliau berkunjung ke UOB pada minggu lepas...Harga bagi sekeping coin ini ialah RM288.00.  Coin ini mempunyai ketulenan 99.9% dan ia antara barangan yang agak sukar diperolehi stoknya....Mengikut pegawai UOB Bank yang bertugas, besar kemungkinan stok coin yang boleh diperolehi selepas ini hanyalah dalam saiz 1 oz sahaja...

1 Daniq Dirham...1/6 Dirham


Daniq ini merupakan dirham dalam dominasi yang kecil iaitu 1/6 Dirham.  Setakat ini kawan telah memiliki 30 keping daniq untuk koleksi peribadi dan membuat penambahan melalui pembelian daripada Hazyyati dan juga cikguasar.  Produk ini dibawa masuk dari Indonesia dan dalam usaha untuk diperluaskan penggunaannya di Malaysia...

Tuesday, June 29, 2010

Memburu Emirates Gold 1 gram...


Kini adalah trend kawan untuk memburu semua jenis gold bar keluaran DMCC ini pula.  Permulaannya dengan membeli 2.5 gram dan kini kawan telah mendapatkan 1 gram Emirates Gold pula.....Pembelian ini sebenarnya untuk melengkapkan koleksi yang sedia ada...

# Hari ni kawan telah menerima 1 keping lagi 1 gram Emirates Gold ini yang kawan beli daripada saudara Ujang...Bertambah satu lagi koleksi kawan...


Wednesday, June 16, 2010

1 Dinar Logam Mulia 917...Pembelian terbaru...



Akhirnya Logam Mulia 1 Dinar yang diidam - idamkan telah pun sampai ke tangan kawan.  Kawan belinya daripada Cikgu Azrul setelah membuat tempahan tempohari..nasib baik cepat dapatlah merasa pegang Logam Mulia ini.  Kawan telah pun menempah 2 keping lagi untuk bulan Mac nanti....hehehe

Tempohari kawan beli Logam Mulia 1/2 Dinar daripada bro Alfian...saiznya kecil sedikit.  Yang penting ia mempunyai daya tarikan sebagai dinar Islam ....

# Hari ini kawan telah membuat tempahan daripada saudara Ajuns bagi 1 Dinar Logam Mulia yang berketulenan 917 ini...  Walaupun harga yang ditawarkan sedikit  tinggi tetapi agak berbaloi kerana kesukaran untuk mendapatkannya. pada masa kini...

1 Gram Kuwait Finance House (KFH) Gold Bar


Hari ini kawan telah menerima sekeping 1 Gram KFH yang dibeli daripada saudara Ambo sejak hari Khamis yang lalu.  Disebabkan betapa cekapnya sistem penghantaran oleh Pos Malaysia, barang yang sepatutnya diterima pada hari Jumaat telah tersangkut selama 3 hari.  Nasib baik sampai....

KFH yang kedua kawan beli daripada saudara Azri...'Tanya berapa banyak wang yang anda ada, bukannya tanya berapa banyak emas yang saya ada, ' Itu adalah kata - kata keramat yang sering saudara Azri ucapkan di blog TE....Kawan membeli 1 Gram KFH ini dengan harga yang istimewa...Terima kasih diucapkan...

# Kawan telah membuat tambahan pembelian daripada saudara Ambo sebanyak 1 keping lagi....Ini bermakna kawan telah memiliki 6 keping 1 Gram KFH setakat ini.

1 Gram Poh Kong Gold Bar + resit + uncang


Memandangkan tawaran yang agak menarik daripada saudara Ujang, kawan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan 1 Gram Poh Kong Gold Bar beserta resit dan uncang ini.  Sebenarnya kawan lebih tertarik kepada uncang tersebut hehehe.  Lagipun dengan harga RM175.00 ia adalah sesuatu yang sukar kawan hendak tolak.

Apa yang pasti kawan ingin memuatkan sebanyak 16 keping 1 Gram Poh Kong yang kawan miliki ini.  Harap - harap uncang tersebut dapat memuatkan kesemua 16 keping tersebut.Sasaran kawan ialah untuk menyimpan sekurang - kurangnya 25 keping 1 Gram Poh Kong ini.

# Kawan telah membeli 5 keping lagi 1 Gram Poh Kong ini ketika berada di Kompleks Pernas Sogo, Kuala Lumpur.  Harga pasaran pada masa tersebut ialah RM166.00 bagi setiap satu.  Pembelian ini telah menambahkan koleksi 1 Gram Poh Kong kawan kepada 21 keping setakat ini.

Impian Segunung Emas...


Melihat kepada antara koleksi yang dimiliki oleh Cgsul ini membuatkan kawan benar - benar teruja.  Apa tidaknya...koleksi ini merupakan emas 24 karat yang tinggi kualitinya...Alhamdulilah suka tengok orang Melayu berjaya...Tak adalah setakat terkulat - kulat tengok bangsa lain menjajah ekonomi kita dan bangsa kita jauh ketinggalan pula...

Kawan sememangnya menyimpan impian untuk memiliki simpanan emas seperti ini suatu hari nanti dan yang pasti kita perlulah berusaha keras untuk mendapatkannya...

Monday, June 7, 2010

Pembelian 1 Gram Poh Kong...


Setelah agak lama tidak membeli 1 Gram Poh Kong, hari ini kawan telah mendapatkannya melalui saudara Azri Klang.  Alhamdulilah melalui perundingan dan tawar - menawar yang dilakukan, kawan berjaya mendapatkan harga istimewa bagi produk 1 Gram Poh Kong ini... Hajat kawan ialah selepas ini ingin terus menambahkan lagi koleksi 1 Gram Poh Kong ini...

Tuesday, June 1, 2010

Emas 1 gram PAMP Suisse Mekah


Emas 1 Gram PAMP Suisse ini kawan perolehi melalui saudara Pokly yang telah menawarkannya kepada kawan.  Ia mempunyai purity 999.9 dan mempunyai latar belakang gambar Kaabah dalam posisi menegak.

Alhamdulilah kini kawan telah dapat menambahkan koleksi yang sedia ada walaupun pada hakikatnya dalam keadaan kewangan yang agak terhad.