Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Friday, April 30, 2010

1/2 Dinar Royal Mint...Rare Item



Semalam kawan telah membeli sekeping 1/2 dinar Royal Mint yang dikatakan antara yang sukar untuk diperolehi.  Dinar ini kawan perolehi daripada saudara Eye yang sememangnya terkenal dengan minat suka memburu dinar atau dirham yang 'rare'.  Alhamdulilah kawan dapat belinya dengan harga yang berpatutan dan sesuai dengan kesukaran untuk mendapatkannya....

Alhamdulilah 1/2 dinar Royal Mint ini telah pun kawan terima tengah hari semalam.  Cantik dan halus buatannya....paling penting puas hati membelinya...

Monday, April 26, 2010

Tawaran Hebat 1 Gram Emirates + 1 Dirham


Sebaik saja Cikgu Azrul mewarwarkan di www.tokeimas.blogspot.com tentang tawaran istimewa pembelian 1 gram Emirates beserta 1 dirham, kawan terus menghubungi beliau agar peluang baik ini dapat direbut.  Iyalah bukan senang  nak dapat dengan harga tersebut.  Alhamdulilah kawan telah membuat pembayaran kepada Cikgu Azrul dan hanya menunggu ia diposkan nanti...Ini bermakna kawan akan mempunyai koleksi 1 gram Emirates yang ke - 6...

1 g Poh Kong...Belian Tambahan



Petang ini kawan telah membuat bayaran kepada saudara Naser untuk sekeping 1 gram Poh Kong ini.  Ini bermakna kawan akan mempunyai 11 keping 1 gram Poh Kong ini dalam simpanan.  Alhamdulilah dapat juga kawan tambah simpanan emas walaupun sekadar 1 gram saja...

1 Gram Poh Kong yang kawan beli daripada saudara Naser telah pun sampai ke tangan hari ini...kawan sedang menunggu 1 gram Poh Kong yang ke 12 yang telah kawan beli daripada Syamie...

1 Gram Istanbul 999.9 Gold


Hari ini kawan dapat tambahkan lagi koleksi 1 gram Istanbul 999.9 Gold ini.  Kawan belinya daripada Pokjak yang pernah kawan jumpa di Kuala Lumpur ketika membeli Sunshine Mining Silver 1 oz dulu..Ini merupakan koleksi yang ketiga yang kawan ada.  Sebelum ini kawan belinya melalui laman web eBay tidak lama dahulu...

Friday, April 23, 2010

Rantai Tangan Dunhill Padu


Bercerita tentang barang kemas, kawan telah membeli rantai tangan jenis dunhill padu untuk dihadiahkan kepada isteri kawan yang tersayang.  Sebenarnya rantai tangan ini telah kawan tempah sejak awal bulan Februari 2010 yang lalu daripada seorang tukang emas yang kawan kenali sejak 15 tahun yang lepas.  Pendek cerita tukang emas ini merupakan seorang yang berpengalaman luas dan dia sebenarnya selalu menerima tempahan daripada kerabat diraja.  

Rantai tangan jenis dunhill padu ini beratnya 65.13 gram dan berketulenan 916.  Dengan berat sebegitu, sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi bagi pembelian kali ini tetapi kawan memang berpuas hati dengan hasil pertukangan yang ditunjukkan...

Thursday, April 22, 2010

Dinar Islamic Mint Nusantara (IMN)


Ini merupakan dinar yang telah dikeluarkan oleh Islamic Mint Nusantara di Indonesia.  Selain nilai 1 dinar, dinar ini turut dikeluarkan dalam nilai 8 dinar.  Sebelum ini dirham IMN telah pun masuk pasaran Malaysia dan kini ia diikuti oleh dinar pula.  Moga - moga dengan kehadiran dinar IMN ini akan memeriahkan aktiviti penggunaan dinar dan dirham di Malaysia ini.  Insya Allah...

Friday, April 9, 2010

5 Dirham Logam Mulia...Rare..



Ini adalah 5 dirham Logam Mulia yang kawan beli dari bro Alfian....susah nak dapat dan sebab itulah sesetengah pengumpul dinar atau dirham menganggapnya sebagai 'rare'  Dengar khabar dirham ini telah dihentikan pengeluarannya.  Apa pun kawan telah menambahkan koleksi sedia ada.   Lepas ini akan beli 1 dirham dan 2 dirham pula.

Thursday, April 8, 2010

Dirham IMN (Islamic Mint Nusantara)




Satu lagi dinar dan dirham yang akan dibawa masuk ke pasaran ialah keluaran Islamic Mint Nusantara.  Mungkin kerana sukar untuk mendapatkan stok 1 Dirham Wakala Nusantara, dirham ini dipilih sebagai alternatif.  Kawan telah pun mendapatkan dirham  IMN ini sebagai salah satu koleksi yang harus disimpan....

Set Dirham Malaysia

Set dirham ini mengandungi 1 dirham, 5 dirham dan 10 dirham.  Kawan beli set ini daripada cikgu azrul dengan harga rm230.00  1 dirham berharga rm15.00, 5 dirham dengan harga rm75.00 dan 10 dirham dengan harga rm150.0010 dirham ini sebenarnya agak mahal jika dibandingkan dengan Dirham Shari'i yang beratnya 40 gram tetapi hanyalah rm170.00 manakala 10 dirham ini hanya seberat lebih kurang 31 gram sahaja.  Kawan sebagai collector membelinya hanya untuk dijadikan koleksi peribadi kerana jika dibandingkan dengan Dirham Shari'i ternyata harga dan corak pembuatan agak 'kurang memadai'  Ini hanyalah pendapat kawan...terpulang pada diri masing - masing.

Wednesday, April 7, 2010

Cincin Belah Rotan Saiz 21


Cincin belah rotan bersaiz 21 ini seberat 1.56 gram.  Cincin ini berketulenan 916 dan kawan belinya daripada bro Samurai.  

Pagi tadi dalam jam 11.58 pagi cincin ini telah pun sampai ke pejabat kawan.  

Alhamdulilah kini kawan hendak beralih kepada barang kemas pula sebagai pembelian aset.  Terima kasih kepada bro Samurai.

Rantai Leher Kelisa


Kawan menyimpan impian untuk mendapatkan rantai leher kelisa ini sebagai salah satu koleksi simpanan emas.  Iyalah kerana corak dan hasil pertukangannya yang halus membuatkan kawan akan membelinya selepas koleksi rantai tangan.  Kawan tidak nafikan yang koleksi yang ditawarkan oleh saudara Nazman memang cantik - cantik belaka dan pastinya berbaloi - baloi apabila membelinya.  Harap - harap impian kawan akan tercapai...Insya Allah

Tuesday, April 6, 2010

Rantai Tangan Dunhill Padu


Melihat kepada koleksi rantai tangan yang ditawarkan oleh saudara Nazman ini, kawan teringat akan rantai tangan Dunhill yang kawan beli pada tahun 2004.  Rantai tangan yang berketulenan emas 916 itu beratnya 67.45 gram yang telah kawan tempah dan beli dengan harga 4k sahaja pada masa itu.  Coraknya sama dengan yang saudara Nazman tawarkan ini cuma tidak dikrom sahaja...apa pun kini ia telah kawan hadiahkan buat isteri sempena hadiah perkahwinan kami pada tahun 2005 dan ia dipakai sehingga kini.

Loket Emas 916


Loket emas berketulenan 916 ini kawan beli daripada bro Samurai.  Loket ini seberat 4.27 gram.  Apa yang menyebabkan kawan membelinya ialah kerana coraknya yang agak cantik dan unik....selepas ini banyak lagi barang kemas yang akan kawan buru...

Saturday, April 3, 2010

Set Berniaga Emas


Set peniaga emas ini terdiri daripada penimbang digital, teropong emas, kalkulator dan disertakan juga uncang serta serbuk pencuci emas secara percuma...Hari ni set peniaga emas yang dibeli daripada cgsul telah pun tiba.  Kawan membelinya sebagai satu koleksi peribadi dan manalah tahu satu hari nanti nak jadi seorang peniaga emas pula...apa pun terima kasih kepada cgsul...