Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Wednesday, September 29, 2010

1 Dinar Mariwasa 999.9






Setelah sekian lama mencari - cari akhirnya kawan telah dapat juga bertemu dengan Dinar Mariwasa ini.  Alhamdulilah dapat juga kawan membelinya walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding dengan beratnya tetapi apabila memikirkan yang ia telah menjadi 'rare' kawan bersetuju membayar dengan harga tersebut.  Sasaran yang seterusnya selepas ini ialah mendapatkan 1 Dinar Royal Mint pula...

10 Gram 999.9 Fine Gold Bunga Raya





Berbekalkan lebihan pendapatan yang diterima bulan ini, kawan mengambil keputusan untuk mendapatkan syiling 10 Gram 999.9 Fine Gold Bunga Raya.  Berdasarkan pengiraan kawan, ternyata harga yang ditawarkan untuk purity seperti ini dan berat seperti ini ia adalah yang termurah setakat yang kawan tahu.  Esok lusa tak tahulah kalau ada muncul yang lebih murah...Apapun kawan telah dapat membelinya untuk koleksi peribadi...

1/4 oz Kijang Emas



Dalam diam kawan cuba mendapatkan 1/4 oz Kijang Emas untuk dijadikan tambahan kepada koleksi yang sedia ada dan akhirnya alhamdulilah berjaya mendapatkan 2 keping 1/4 oz Kijang Emas daripada seorang rakan yang ingin menjualnya.  Lagipun harga yang ditawarkan memang berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga web...

1 Dinar Kelantan Laminate




Ketika ini keghairahan orang ramai terhadap Dinar dan Dirham Kelantan yang baru memang tidak dapat disangkal lagi.  Masing - masing sedang berusaha untuk mendapatkan Dinar Kelantan KGT untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.  Apabila ada yang ingin menjualkan Dinar Kelantan laminate mereka kepada kawan, dengan senang hati ia dibeli dengan harga berpatutan...Alhamdulilah...

1 Dirham DGE





Dalam keghairahan penyimpan D&D kepada Dinar dan Dirham Kelantan yang baru, kawan tidak melupakan kepada produk buatan tempatan yang tidak kurang bagusnya.  Disebabkan itu, kawan telah membeli 20 keping Dirham DGE daripada bro Omar untuk dijadikan tambahan kepada koleksi dirham yang sedia ada.  Sasaran untuk memiliki  
3 kilogram simpanan perak sedang diusahakan.  Kawan percaya ia akan dapat dicapai dalam masa terdekat.  Insya Allah...

1 oz The Australian Kookaburra Silver Coin 2009



Sebenarnya sejak dulu lagi kawan bercadang hendak membeli Kookaburra ini sebagai salah satu dari koleksi perak kawan tetapi apabila dilihat kepada harganya yang agak tinggi, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dulu.  Kini kawan telah berjaya membeli Kookaburra untuk disimpan.  Insya Allah lepas ini kawan bercadang hendak membeli keluaran tahun 2010 pula...

1 oz China Panda Silver Coin 2010







1 oz China Panda Silver Coin tahun 2010 ini kawan beli daripada saudagar perak SilveRay.  Memandangkan kawan masih kurang koleksi perak, ini adalah masa yang sesuai untuk membeli.  Kalau hendak tunggu dan lihat, besar kemungkinan harga perak akan terus meningkat dan pada masa itu kawanlah yang rugi.  Comel beruang panda tersebut dan ternyata silver coin ini mempunyai mutu buatan yang tinggi.

1 oz Pan American Silver Bar



Kawan tertarik dengan Pan American Silver Bar ini lantas menghubungi saudagar perak SilveRay untuk mendapatkannya.  Ternyata rezeki menyebelahi kawan apabila diberitahu yang ia adalah antara stok yang terakhir...Dapat juga hajat kawan untuk menjadikan silver bar ini sebagai salah satu daripada koleksi kawan.

Thursday, September 2, 2010

1 Dinar Mariwasa 999.9


Alhamdulilah setelah sekian lama memburu 1 Dinar Mariwasa ini, akhirnya kawan bertemu juga dengan seorang sahabat yang ingin menjualnya melalui laman www.mudah.my  Tanpa membuang masa kawan terus menghubungi sahabat tersebut dan akhirnya kata persetujuan dicapai apabila 1 Dinar Mariwasa ini dijual kepada kawan.  Memandangkan minggu depan adalah Hari Raya Aidil Fitri yang memerlukan belanja yang tinggi, kawan telah membayar duit deposit untuk 1 Dinar Mariwasa tersebut.  Insya Allah selepas Hari Raya kawan akan menerimanya.  Terima kasih kepada saudara 'S'...