Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Sunday, October 31, 2010

1 oz American Eagle 2010 Silver Coin



Syiling 1 oz American Eagle 2010 ini pun kawan beli melalui Syarikat Nubex Sdn. Bhd. tempohari.  Pada masa itu kawan cuba dapatkan dari beberapa sumber malangnya tiada stok dan syarikat ini ada stok walaupun harganya sedikit tinggi.  Tak mengapa kerana ia dibeli untuk tujuan pelaburan...

1 oz Canada Maple Leaf 2010 Silver Coin



Syiling 1 oz Canada Maple Leaf 2010 ini kawan belinya melalui Syarikat Nubex Sdn. Bhd.  Kawan masih belum memiliki syiling tahun 2010 ini jadi ia adalah tambahan kepada koleksi sedia ada.  Sekurang - kurangnya bertambah juga koleksi perak yang kawan ada...

Saturday, October 30, 2010

1 oz Rabbit 2011 Silver Coin


 
Syiling 1 oz Rabbit 2011 ini kawan beli melalui saudara Silveray tempohari.  Alhamdulilah cantik dan comel syiling perak ini terutama melihat kepada 2 ekor arnab yang menghiasi syiling perak ini.  Lepas ini nak kumpul syiling perak yang lain pula.  Insya Allah...

1 oz Australian Kookaburra 2011 Silver Coin



Bagaikan satu tren pada masa kini apabila penggila emas kini berubah menjadi penggila perak pulak, termasuklah kawan.  Rata - rata kini menjadikan perak sebagai sandaran nilai atau simpanan peribadi berdasarkan tren kenaikan harga perak sejak akhir - akhir ini.  Syiling 1 oz Australian Kookaburra 2011 ini kawan melalui saudara Silveray.  Alhamdulilah bertambah satu lagi koleksi kawan...

Syiling Perak Peringatan 50 Tahun Bunga Raya






Alhamdulilah akhirnya dapat juga kawan beli Syiling Perak Peringatan 50 Tahun Bunga Raya ini.  Iyalah syiling ini agak terhad pengeluarannya dan dari apa yang kawan tahu ia dikeluarkan hanya sebanyak 400 unit sahaja.  Biarpun harganya sedikit mahal berbanding harga asal tetapi ia dianggap berbaloi untuk memilikinya.  Lagipun ia adalah koleksi yang eksklusif dan bagi kawan ia sukar untuk dilepaskan begitu sahaja...

Friday, October 29, 2010

1/4 oz Kijang Emas




Ada lebihan pendapatan dapatlah kawan beli sekeping 1/4 oz Kijang Emas ini.  Apa pun kawan akan terus - menerus beli emas terutama yang boleh dianggap eksklusif seperti Kijang Emas ini.  Beli emas bukanlah suatu kerugian sebaliknya ia adalah satu kejayaan dan kenikmatan bagi mereka yang tahu menghargainya....

1 Dirham Islamic Mint Nusantara (IMN)




Dalam usaha mempelbagaikan koleksi perak yang kawan ada, hari ni kawan telah membeli pula 1 Dirham IMN.  Kawan beli sedikit demi sedikit dan Alhamdulilah setakat ni koleksi dirham IMN yang kawan ada agak membanggakan diri kawan sendiri.  Hendak beli yang besar - besar kewangan agak terbatas jadi dirham adalah antara yang menjadi pilihan kawan setakat ini...

Pembelian 1 dan 10 Dirham Kelantan




Sekarang ni musim orang menyimpan perak pula.  Kalau dulu berebut - rebut orang membeli emas tetapi kini zaman dah berubah.  Alhamdulilah tahap kesedaran untuk memiliki pun dah bertambah. Baguslah dan kawan ucapkan tahniah di atas perubahan yang baik ini.  Kawan juga tidak melepaskan peluang untuk menambah stok 1 Dirham dan juga 10 Dirham Kelantan ini.  Iyalah kawan - kawan TE beli berkilo - kilo perak, kawan beli sekadar yang termampu saja...

Tuesday, October 12, 2010

1 Dinar Royal Mint


@
 

Hakikatnya kawan telah lama mencari 1 Dinar Royal Mint untuk dibeli dan dijadikan sebagai koleksi peribadi tetapi masih belum berjumpa.  Akhirnya semalam kawan telah menerima satu panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Haji Ehsan yang mengatakan mendapat no telefon melalui Dinar.Com dan mempunyai stok 1 Dinar Royal Mint jika kawan berminat.  Akhirnya kata persetujuan telah dicapai dengan harga yang ditawarkan, kawan akan memiliki 1 Dinar Royal Mint ini cuma Haji Ehsan akan ke luar negara bermula 14 Oktober ini hingga 07 November.  Jadinya 1 Dinar Royal Mint ini akan berpindah tangan hanya pada 08 November nanti.  Insya Allah...

Saturday, October 9, 2010

1/4 oz Kijang Emas



Apabila diberitahu oleh seorang rakan di TE yang ingin menjual 1/4 oz Kijang Emas, kawan terus menghubunginya untuk 'lock' harga.  Iyalah harga emas sekarang macam kereta tidak ada brek..asyik meluncur laju je.  Alhamdulilah dapat juga sekeping 1/4 oz ini lagi.  Sekarang ini kawan sudah ketagih untuk membeli Kijang Emas dan juga Dirham Kelantan pula.  Tak apa...perkara baik kena teruskan hehehe...

1, 2, dan 5 Dirham Kelantan




Alhamdulilah Dirham Kelantan yang dibeli daripada saudari Hazyyati dan saudara Jay telah pun sampai hari ini...Walaupun kuantiti yang dibeli agak sedikit tapi 17 Dirham sehari cukuplah sebagai simpanan.  Lagipun harga Dirham Kelantan sekarang sudah bergerak ke angka RM16 dan besar kemungkinan akan naik juga selaras dengan kenaikan harga perak...Tunggu sajalah nanti...

1/4 oz Kijang Emas





Walaupun harga emas naik dan kawan kurang bajet untuk membeli emas tetapi apabila ditawarkan dengan Kijang Emas, kawan pasti tidak akan menolak.  Begitu juga dengan 1/4 oz Kijang Emas yang telah ditawarkan oleh Kak Jee kepada kawan semalam.  Syukur Alhamdulilah Kijang Emas tersebut dapat dibeli walaupun hakikatnya bajet agak ketat...  Apa pun ini adalah satu pelaburan jangka masa panjang, jadi kawan tidak kisah terpaksa mencari duit untuk membeli Kijang Emas tersebut...

1, 2, 5 dan 20 Dirham Kelantan





Hendak beli emas, harga pula melambung - lambung sampaikan melampaui bajet yang ada dan akhirnya kawan beralih kepada perak pula.  Kira apa saja barangan yang berkaitan dengan perak dan dirham akan kawan beli.  Alhamdulilah kali ini kawan dapat membeli 1, 2, 5 dan 20 Dirham Kelantan untuk simpanan sendiri.  Sikit - sikit lama - lama jadi bukit, itulah pepatah yang kawan pegang dan dijadikan pedoman dalam mengumpul sesuatu terutama yang berkaitan dengan wang, kekayaan dan juga sebagainya.  Ternyata ianya berhasil...

1 Gram Poh Kong Gold Bar 999




Hendak beli emas yang besar - besar ketika harga sedang mahal ini, bajet tak cukup jadi kawan lupakan hasrat tersebut.  Tanya punya tanya adalah rakan di TE yang hendak jual 1 Gram Poh Kong Gold Bar 999 ini kepada kawan.  Terima kasih kepada saudara Ujang dan juga Azri yang sudi menjualkannya kepada kawan.  Alhamdulilah...

1 Dinar Public Gold



Sesekali kawan hendak juga beli barangan keluaran Public Gold ini dan ia dipermudahkan lagi dengan tawaran harga yang agak murah daripada seorang rakan.  Kiranya harga yang ditawarkan memang lebih rendah dari pasaran pada masa tersebut...kira dah memang rezeki kawan lah kiranya...1 Dinar Public Gold ini memang tak dinafikan agak unik rupa coraknya...

1 Dinar Shari'i 999.9




Di saat harga emas sedang naik dan keadaan graf emas yang agak kelam kabut ini, kawan dapat membeli 1 Dinar Shari'i yang mempunyai berat 4.5 gram.  Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal tetapi rasanya agak berbaloi juga.  Dinar ini dikeluarkan oleh Syarikat DirhamDynamics Sdn Bhd dan apa yang dimaklumkan ini adalah rupa corak yang terakhir sebelum akan keluarnya rupa corak yang baru untuk tahun 2011.  Alhamdulilah dapat juga kawan tambah koleksi yang sedia ada...

Wednesday, October 6, 2010

Rantai Leher Mesin






Di saat harga emas sedang menuju puncak ini, kawan telah lock satu utas rantai leher emas jenis mesin daripada saudara Samurai.  Iyalah nak juga merasa membeli barang kemas ni....belek punya belek berkenanlah kawan kat rantai leher mesin ni.  Lagipun dah lama kawan nak beli rantai leher jenis macam ni.  Rantai leher mesin ini mempunyai berat 7.21 gram...kira bolehlah, nak beli yang besar - besar tiada bajet...

Monday, October 4, 2010

1 Dinar Logam Mulia 917 - Antam



Ini adalah 1 Dinar Logam Mulia yang mempunyai purity 91.7% keluaran dari Logam Mulia, Indonesia.  Kawan beli Dinar LM 917 ini daripada saudara Ajuns dan kawan sebenarnya senang berurusan dengan saudara Ajuns yang sabar dengan cerewet kawan.  Lepas ini nak cari Dinar LM yang lain pula...

# Sedang kawan tercari - cari untuk mendapatkan 1 Dinar Logam Mulia ini, ada seorang sahabat yang memaklumkan bahawa dia ingin menjualnya kepada kawan.  Walaupun harga agak tinggi tetapi kawan tidak melengahkan masa untuk membelinya.  Peluang sudah di depan mata...

Friday, October 1, 2010

Pembelian Dinar Kelantan



Walaupun kini masing - masing sibuk mencari Dinar Kelantan KGT untuk dijadikan sebagai koleksi atau simpanan tetapi kawan masih membeli Dinar Kelantan lama sebagai simpanan.  Bukannya apa ia tetaplah emas cuma bila dah keluar yang baru pastilah menjadi perhatian dan tumpuan.  Apapun kawan berterima kasih dengan Kak Jee yang sudi menjualkan ketiga - tiga keping Dinar Kelantan ini kepada kawan dengan harga yang amat berpatutan...

1 Dinar Muslim



Ini pula adalah Dinar Muslim yang kawan beli daripada seorang kawan.  Dinar Muslim ini memang halus 'finishing' nya dan harganya pun boleh tahan.  Dinar Muslim telah diedarkan oleh Nubex Sdn. Bhd. setelah sekian lama.  Berketulenan 916 dan seberat 4.25 gram, Dinar Muslim ini sesuai dijadikan sebagai koleksi peribadi.  Terus terang kawan katakan ia adalah antara dinar yang 'cantik dan menarik'

1 Dinar Kohilal



Rasanya sudah terlalu lama atau agak jarang untuk kita menemui Dinar Kohilal ini.  Ia mempunyai ciri - ciri yang dimiliki oleh Dinar Muslim cuma bezanya pada perkataan 1 Dinar.  Dinar Kohilal ditulis dengan tulisan rumi tetapi Dinar Muslim ditulis dengan tulisan jawi...Apa pun perbezaannya bila ada yang ingin menjual, kawan sedia untuk membelinya dan Alhamdulilah ia dapat kawan beli untuk koleksi...