Nuffnang Ads

Lafaz Bismillah

Dinar & Dirham Acceptable Here

Dinar & Dirham Acceptable Here

Nuffnang Ads

Monday, August 30, 2010

1 Dinar Kelantan Laminate


Kawan beli 1 Dinar Kelantan Laminate ini daripada Mama Fouziah yang kebetulan hendak menjualnya.  Alhamdulilah dengan harga yang berpatutan dapatlah kawan satu lagi koleksi yang semakin pupus ini.  1 Dinar Kelantan Laminate ini seakan hilang dari pasaran apabila munculnya Dinar Kelantan KGT yang baru...

Wednesday, August 25, 2010

Dinar Kelantan Dilupa Jangan...


Dalam keghairahan kewujudan Dinar Kelantan KGT di pasaran, Dinar Kelantan yang lama seakan dipinggirkan begitu saja.  Apatah lagi Dinar Kelantan tersebut seperti telah hilang nilainya, namun kawan terus membeli Dinar Kelantan tersebut untuk dijadikan sebagai koleksi dan simpanan.  Yang pastinya ia tetap bernilai selagi ia diperbuat dari emas....

Dirham dan Dinar Kelantan KGT


Akhirnya stok Dinar dan Dirham yang kawan tempah daripada Nubex telah pun sampai ke tangan.  Koleksi 2 Dirham Kelantan dan juga Dinar Kelantan KGT ini sememangnya kawan beli untuk dijadikan simpanan.  Kawan beli sikit - sikit saja memandangkan bajet tidaklah besar.  Ada rezeki kawan akan beli lagi walaupun sedikit...

1/4 oz Kijang Emas


Di saat harga emas yang tidak menentu sekarang, kawan dapat sambar 1 keping 1/4 oz Kijang Emas.  Ia dibeli melalui salah seorang kawan yang bekerja di Maybank...untuk dapatkan harga staf...hajat nak beli yang 1/2 oz tetapi tak nak jejaskan bajet untuk Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.  Syukurlah dapat sekeping 1/4 oz ini dari tidak beli apa - apa, sekurang - kurangnya ada juga.

1/2 dan 1 Dinar Kelantan KGT


1/2 dan 1 Dinar Kelantan KGT ini baru sampai ke tangan kawan.  Ketibaannya bersama - sama dengan 1 Gram 999 DGE Gold Bar dan 1/10 oz Australian Nugget, 1 Dinar Muslim serta 1 Dinar Kelantan yang lama.  Sesekali kawan rasa patut membeli sekeping dua dinar untuk mengelakkan duit yang ada digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.  1/2 dan 1 Dinar Kelantan ini kawan beli melalui Nubex dan saudari Hazyyati... 

1 Gram 999 DGE Gold Bar


Dua keping 1 gram 999 DGE Gold Bar yang kawan tempah melalui saudara Omar Kulim telah pun sampai ke tangan.  Alhamdulilah walaupun masih ada yang boleh diperbaiki tetapi sekurang - kurangnya kawan berbangga dengan hasil yang ditunjukkan.  Tak apa pelan - pelan kayuh...Cantik memang cantik dan baguslah ada peningkatan, sesuai dengan harganya...

Tuesday, August 24, 2010

2.5 gram Emirates Gold


Bercerita tentang Emirates Gold, alhamdulilah hari ini kawan telah membeli 1 keping 2.5 gram Emirates Gold untuk koleksi.  2.5 gram Emirates ini telah kawan beli melalui saudara Saxgold.  Lepas ini rancangan nak membeli yang 5 gram pula.  Insya Allah jika ada rezeki memang kawan akan beli ....

Wednesday, August 18, 2010

1/4 Dinar Logam Mulia 999



Alhamdulilah apabila Cikgu Azrul menawarkan 1/4 dan 1/2 Dinar Logam Mulia 999 untuk dijual, kawan tidak membuang masa untuk membelinya.  Iyalah bukan senang orang nak tawarkan produk ini sekarang.  Kebanyakkan orang sekarang simpan aje dinar Logam Mulia 999 ini untuk koleksi peribadi.

1/10 oz Australian Nugget



1/10 oz Australian Nugget versi berdiri ini kawan beli daripada saudara Foo.  Memang cantik gambar kedua - dua ekor kangaroo yang sedang berdiri ini....cute sangat...sekarang ini kawan membeli dalam saiz yang kecil saja memandangkan bajet yang kurang.  Tak apalah...sekurang - kurangnya ada juga yang kawan beli walaupun kecil...

1/10 oz Australian Nugget



Ini antara koleksi kegemaran kawan...apa tidaknya sekarang agak sukar nak dapat syiling UOB yang kecil - kecil...kalau dapat pun mesti harganya agak mahal...kalau beli harga RM450 takkan nak jual harga ikut harga web  kan ?....kenalah faham...1/10 oz Australian Nugget ini kawan perolehi melalui saudara Eddy dan Insya Allah kawan akan terus membelinya...

UOB Tiger 1/10 oz Enameled



Puas hati dapat koleksi 1/10 oz UOB Tiger Enameled ini....biarpun ia dalam saiz yang kecil tapi rasa puas bila mendapatnya...lagipun versi enameled ini lebih cantik jika dibandingkan dengan versi yang biasa...

Koleksi UOB Gold Coin...


Koleksi UOB ini kawan dapat daripada saudara Foo iaitu 1/10  oz Tiger(warna), 1/20  oz Tiger dan juga 1/10 oz Australian Nugget manakala satu lagi 1/10 oz Australian Nugget tersebut dibeli dari UOB.  Walaupun kecil tapi kawan rasa puas hati kerana syiling UOB ini semakin sukar didapati dalam saiz yang kecil.  Insya Allah selepas ini kalau ada peluang lagi kawan nak tambah stok UOB yang ada...

Tuesday, August 17, 2010

Set Dirham Kelantan Baru


Akhirnya koleksi Dirham Kelantan yang baru telah pun berada dalam tangan kawan hari ini apabila saudari Hazyyati telah pun menghantarkan set Dirham Kelantan tersebut ke tempat kawan di UUMKL.  Set dirham ini mengandungi 1, 2, 5, 10 dan 20 Dirham.  Sememangnya sebelum ini kawan teruja untuk memiliki set Dirham ini dan alhamdulilah berasa puas apabila telah memilikinya.  Selain itu kawan juga telah menempah 1 Dirham, 2 Dirham dan 5 Dirham dari Nubex Sdn. Bhd.

1/2 dan 1 Dinar Kelantan Baru


Alhamdulilah hari ini kawan telah dapat membeli 1/2 Dinar Kelantan melalui saudari Hazyyati dan 1 Dinar Kelantan melalui tempahan dari Nubex Sdn. Bhd.  Setelah sekian lama hanya berurusan melalui telefon dan sms sahaja, akhirnya hari ini kawan berpeluang untuk bertemu dengan saudari Hazyyati.  1/2 Dinar Kelantan walaupun sebesar duit 10 sen tetapi cukup cantik dan bergaya...Selepas ini jika ada rezeki lebih kawan nak membeli 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar pula.  Tahniah kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana berusaha mendaulatkan Dinar dan Dirham ini... 

Saturday, August 14, 2010

Kijang Emas 1/4 oz


Bercerita tentang Kijang Emas, ia sememangnya sesuatu yang kawan gemari.  Apa tidaknya kawan memang bercita - cita untuk menyimpan seberapa banyak Kijang Emas.  Alhamdulilah kawan hari ini telah mendapat sekeping lagi 1/4 oz Kijang Emas untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.  Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia ini memang sepadan dengan harganya...Kira puas hati apabila dapat memilikinya.

Pembelian Dinar Muslim


Alhamdulilah kawan dapat menambah koleksi Dinar Muslim hari ni.  Dinar Muslim ini kawan perolehi dari seorang rakan dari Melaka...sememangnya Dinar Muslim mempunyai design yang agak unik dan cantik setakat yang kawan tau...Ada rezeki lagi nanti kawan akan menambah stok Dinar Muslim ini.

1/10 oz Australian Nugget dan 1/20 oz Australian Nugget

 

Koleksi 1/10 oz Australian Nugget dan 1/20 oz  Australian Nugget ini kawan perolehi daripada seorang kawan iaitu saudara Rahim.  Kebetulan beliau hendak menjual kedua - dua coin tersebut dan kawan memang sedang mencari koleksi UOB dan kawan telah bersetuju dengan harga yang ditetapkan...jadi wang pun telah bertukar tangan...Dapat koleksi yang kecil - kecil pun dah kira elok...

Tuesday, August 10, 2010

Koleksi Kijang Emas

Apabila bercerita tentang Kijang Emas, kawan sememangnya suka menyimpan ia sebagai salah satu koleksi yang agak ekslusif.  Apa tidaknya ia merupakan keluaran Bank Negara Malaysia dan sudah tentu kawan berbangga dengan produk yang dikeluarkan oleh institusi perbankkan terkemuka itu.  Setakat ini alhamdulilah kawan telah pun memiliki beberapa keping setiap denominasi yang dikeluarkan iaitu 1 oz, 1/2 oz dan juga 1/4 oz.  Jika ada mereka yang ingin menjualnya dengan harga yang diterima akal, kawan tak akan lepaskan peluang untuk memilikinya...itu pun bergantung kepada berapa bajet yang kawan miliki.

Monday, August 9, 2010

Memburu 1/4 oz Kijang Emas


Alhamdulilah kawan dapat  memburu seekor anak kijang emas untuk dijadikan haiwan ternakan.  Iyalah harga kijang emas sekarang agak tinggi jadi tak ada duit nak beli banyak - banyak.  Apa yang dapat kawan beli aje...sementara harga belum melambung jadi adalah lebih baik kawan beli sebagai pelaburan...

Zakat Emas

Emas adalah jenis - jenis logam yang diwajibkan zakat. 

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.(At-Taubah; ayat 34-35)

Zakat Emas Dikira Dalam Dua Keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Contoh: 2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : 2.5% x RM 8,500= RM 212.50

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh: Berat Emas yang dipakai = 250 gram (Uruf Emas = 150 gram)
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
Contoh : 2.5% x (100 gram x RM 100.00) = RM 250.00

Sumber dari http://zakat.com.my/zakat-emas

Dinar Siri Sireh Emas


Alhamdulilah Dinar Siri Sireh Emas ini kawan dapat melalui cara pertukaran atau 'trade barter' dengan seorang pengumpul dinar.  Secara kebetulan dia juga sedang mencari Dinar Muslim untuk tambahan koleksi...Dinar Siri Sireh Emas ini dikeluarkan oleh Mariwasa Sdn. Bhd. dan mempunyai berat 4.25 gram serta purity  91.7%.  Gambaran sehelai daun sireh beserta latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad dan kuntuman bunga raya menambahkan lagi seri Dinar Siri Sireh Emas ini.

Sunday, August 8, 2010

Yuan Bao 999 Gold Bar


Bercerita tentang Yuan Bao, kawan memang dah lama mengidam untuk membeli gold bar yang ada dijual di Poh Kong ini.  Kawan bukannya apa, suka tengok design yang unik dan agak sukar ditemui di pasaran....Yuan Bao gold bar ini mempunyai purity 999.9% dan berat 2.03 gram dan rupa bentuknya seperti jongkong emas yang digunakan pada zaman pemerintahan maharaja China pada zaman dahulu.